Sunday, 20 October 2013
Sunday, 13 October 2013
SALAM AIDIL ADHA
Kedatangan 10 Zulhijah yang penuh
kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak kesyukuran kerana
berjaya melaksanakan ibadat haji, dan bagi mereka yang tidak mengerjakan
haji, mereka telah berjaya menunaikan puasa dari 1 – 9 Zulhijjah.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).
Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijah yang
lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha
untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling
afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.
.
.
Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
.
SEBELUM 10 ZULHIJAH
- Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
- Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
- Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
.
.
PAGI 10 ZULHIJAH
- Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
- Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
- Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
- Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
- Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
- Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
- Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
- Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
- Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
- Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
- Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.
.
.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:
نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.
.
.
HARI RAYA KORBAN
Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan
terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta
duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan
keredaan Allah SWT.
.
1. Takbir
Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya
Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid,
beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan
maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.
.
Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah
hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil,
tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).” (Hadis riwayat al-Thabrani).
.
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap
kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah)
sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.
اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. ( × 5/3)
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
Allah Maha Besar
sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada
waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan
kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya
agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah
yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan
tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.
.
.
2. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam
kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini.
Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?”
Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)
.
.
3. Berdoa Taubat
Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah,
terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan
kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah
dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia
tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia
memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang
akan memberi kemenangan kepada kita.
.
.
4. Solat Sunat Aidiladha
Solat Sunat Aidiladha
dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10
Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam
yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.
.
.
5. Ibadah Korban
Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban.
Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti
haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu
jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu
unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan
selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari
Raya Haji (10 Zulhijah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah)
kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
.
.
HIKMAH AIDILADHA
- Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
- Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.
PUASA HARI ARAFAH 9 ZULHIJJAH
Puasa
Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi
mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan
kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan
amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah ﷺ ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah ﷺ juga bersabda: “Orang
yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan
baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
.
.
.
Hak Puasa Arafah Di Mana Saja
Dalam
Ibadah Haji pelaksanaannya menurut tempat dan ketetapan waktunya, iaitu
pada tarikh 9 Zulhijjah semua jemaah haji diwajibkan berwukuf atau berada di Padang Arafah.
Dalam ibadah puasa pula waktu pelaksanaannya adalah mulai terbit fajar
hinggalah terbenam matahari. Maka bagi umat Muslim yang tdk mengerjakan
ibadah haji mempunyai tarikh yang sama 9 Zulhijjah seharusnya malah
disunnahkan berpuasa walau di mana saja mereka berada di muka bumi ini.
Ianya tidak terikat dengan kedudukan geografi politik, ketika jemaah haji wukuf di Arafah,
kita puasa Arafah, walaupun kita di Malaysia berbeza sehingga 5 jam,
yang terpenting harinya. Kerana apabila kita puasa pada hari berikutnya,
maka jama’ah haji sudah tidak lagi berada di Arafah, sehingga tidak boleh dikatakan puasa Arafah.
Rasulullah ﷺ. bersabda lagi: “Tiada
hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka
melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla
menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan
para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
.
.
Jemaah Haji Tidak Disunatkan Puasa
.
Bagi orang yang sedang mengerjakan ibadah haji, maka tidak disunatkan berpuasa, sesuai dengan sabda Nabi ﷺ dibawah ini:
Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, “Rasulullah ﷺ telah melarang puasa pada hari Arafah di Padang Arafah.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasa-i, dan Ibnu Majah)
.
Mereka
yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak
berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika
mereka berpuasa juga pada hari itu.
.
.
Ragu-Ragu
.
Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah ﷺ yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah ﷺ, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).
.
.
Puasa
Arafah dan Tarwiyah sangat dianjurkan bagi turut merasai nikmat yang
sedang dirasakan oleh para jemaah haji ketika menjalankan ibadah di
tanah suci ketika itu.
Tidak dinafikan lagi bahawa puasa adalah jenis amalan yang paling utama, dan yang dipilih Allah سبحانه وتعالىuntuk diriNya. Disebutkan dalam hadist Qudsi :
“Puasa ini adalah untuk-Ku, dan Daku- lah yang akan membalasnya.
Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya
semata -mata kerana Daku.”
Diriwayatkan dari Abu Said Al- Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺbersabda: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah melainkan Allah سبحانه وتعالىpasti menjauhkan dirinya dengan puasanya itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun.”( HR Bukhari Muslim).
Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah
.
1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan
puasa pada hari Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji.
Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya
berbuka agar ia kuat beribadat di Arafah.”
.
2. Ulama Syafi’iyyah,
a. “Membenarkan
untuk berpuasa pada Hari Tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti
bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda).
Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah
ditegah.”
b. “Jika
jemaah haji bermukim di Makkah, lalu pergi ke Arafah siang hari maka
puasanya itu menyelisihi hal yang lebih utama, jika pergi ke Arafah
malam hari maka boleh berpuasa. Jika jamaah haji adalah musafir, maka
secara mutlak disunahkan untuk berbuka.”
.
3. Hanabilah : “Disunahkan
bagi para jamaah haji berpuasa pada hari Arafah jika wuqufnya malam,
bukan wuquf pada siang hari, jika wuqufnya siang maka makruh berpuasa.”
.
4. Pendapat Imam Ahmad rh pula;
a. “Jika
ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia
berbuka, sebab hari Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).”
b.
Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung
untuk tidak berpuasa pada hari Arafah ketika mengerjakan ibadah haji.
.
5. Hanafiyah : “Makruh bagi jamaah haji berpuasa Arafah jika membuat lemah, begitu juga puasa Tarwiyah (8 Zulhijjah).”
.
6. Malikiyah : “Makruh bagi jemaah haji berpuasa Arafah, begitu juga puasa Tarwiyah.”
.
.
Tiada halangan berpuasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah ini, maka marilah kita di tanah air merebut peluang dan kesempatan dengan melakukannya seikhlas hati. Banyak keistimewaan dan kelebihan pahala puasa yang terdapat pada puasa Arafah seperti dinyatakan sebelum ini. InsyaAllah…
Tuesday, 8 October 2013
RAHSIA SURAH AL-FATIHAH
Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. In sya Allah.
1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan
gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintalah dengan niat yang baik. In sya Allah akan makbul permintaan anda.
Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra
Baca dan ketahuilah Rahsia Surah Al-Fatihah ini. Amalkanlah ilmu yang kita dapat. In sya Allah.
1. Untuk membuatkan seseorang (saudara-mara/ pasangan/ anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit kritikal:
* Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
* Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
* Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari berterusan.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
* Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
* Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis:
* Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka kecil (luka terkena pisau, luka sengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dll)
* Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
* Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan
gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1. Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)
2. Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
3. Tawakal sepenuhnya pada Allah
4. Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintalah dengan niat yang baik. In sya Allah akan makbul permintaan anda.
Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra
Subscribe to:
Comments (Atom)
















