Monday, 30 September 2013

 

Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

BAHAGIAN II


1. Bilakah tarikh nabi Muhammad s.a.w dilahirkan mengikut kalendar masehi?
-      jawapan – 20 april 571M
2. Apakah peristiwa yang berlaku sebagai tanda sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w?
      Jawapan; api sembahan Agama Majusi di Rom terpadam
3. Kenapakah tahun kelahiran nabi digelar sebagai tahun gajah?
    Jawapan; kerana pada tahun berkenaan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah    
     menyerang dan mahu meruntuhkan Kaabah. Tetapi tentera tersebut dihancurkan oleh Allah 
    dengan burung Ababil..
4. Ketika Nabi berusia 12 tahun, Abu Thalib membawa nabi bersama dalam urusan perdagangan ke Syam. Ketika itu, Pendeta Nasrani yang alim, telah berjumpa dan menasihati Abu Thalib supaya menjaga dengan baik dan membawa pulang segera Nabi Muhammad s.a.w kerana dikhuatiri akan dibunuh oleh orang yahudi? Siapakah nama pendeta Nasrani tersebut?
     Jawapan; Buhaira
5. Ketika Nabi berusia 15 tahun, peperangan antara Quraisy dan Qais ‘Ailan yang berlaku pada bulan Zulqaedah. Menurut pandangan bangsa Arab pada masa itu, peperangan adalah dilarang pada bulan zulqaedah kerana ia adalah bulan suci. Apakah nama peperangan tersebut?
    Jawapan; Harbul Fijar (peperangan mencemar kesucian)
6. Semenjak kematian Abdul Muthalib, pemimpin-pemimpin Quraisy telah bersumpah akan bersatu dan bersama dalam menangani kes-kes di kota Mekah supaya tiada seorangpun yang akan teraniaya. Aku janji dan sumpah tersebut telah dilakukan di rumah Abdullah Bin Juda’an ketika nabi berusia belasan tahun. Mengikut sejarah, apakah nama sumpah tersebut?
     Jawapan; Halful Fudhul
7. Seramai 13 orang yang telah menjadi isteri kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebutkan empat sahaja daripada isteri baginda.
Jawapan;
1- Khadijah Bt Khuwailid
2- Saudah Bt Zam’ah
3- Aisyah
4- Zainab Bt Khuzaimah
5- Hafsah
6- Ummu Salamah
7- Zainab Bt Jahsyi
8- Raihanah
9- Juwairiyah
10- Syafiah
11- Ummu Habibah
12- Mariyah Qibtiyah
13- Maimunah

8. Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tujuh orang anak. Sebutkan tiga sahaja nama anak Nabi Muhammad s.a.w?
   Jawapan; Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummi Kalthum, Rukiyah,
9. Bilakah tarikh Nabi Muhammad s.a.w wafat?
   Jawapan; Isnin, 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masehi – usia 63 tahun
10. Nabi semasa sejak kecil telah digelar al-Amin, apakah maksud al-amin?
   Jawapan; seorang yang jujur dan amanah/orang yang dapat dipercayai
11. Sebelum diangkat sebagai rasul, Nabi ber’uzlah (bertahanus) untuk beribadat dan berzikir kepada Allah s.w.t selama sebulan. Dimanakah Nabi ber’uzlah?
    Jawapan; Gua Hira (di Jabal Nur)
12. Pada tahun ke 10 baginda diutus sebagai rasul, ada dua musibah yang besar telah menimpa baginda. Dalam sejarah, tahun tersebut digelar sebagai ‘Aamul Huzni’ iaitu Tahun Kesedihan. Apakah dua musibah tersebut yang menimpa Nabi?
    Jawapan; Kematian Abu Thalib
                     Kewafatan Isteri nabi; Siti Khadijah
13. Setahun selepas tahun kesedihan, nabi dihiburkan dengan mukjizat yang besar dan pada ketika itu, diwajibkan solat lima waktu sehari semalam. Apakah nama peristiwa tersebut?
    Jawapan; Isra’ Mikraj

Soalan tentang Nabi Muhammad SAW

BAHAGIAN 1

1. Bilakah nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?
      Jawapan – 12 Rabiul Awal Tahun Gajah
2. Siapakah nama ibu dan bapa nabi?
      Jawapan;Ibu =Aminah bt Wahab bin Abdumanaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
                      Bapa = Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdumanaf bin Qushai bin   
                      Kilab bin Murrah
3. Bilakah bapa nabi meninggal dunia?
      Jawapan; ketika nabi berusia 2 bulan dalam kandungan ibunya
4. Dimanakah ibu nabi wafat dan dikebumikan?
      Jawapan; Abwa’ (sebuah desa antara Madinah dan Juhfah)
5. Ibu Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
      Jawapan; 6 tahun
6. Nabi diberi nama oleh datuknya dengan nama MUHAMMAD, apakah maksud Muhammad?
       Jawapan; yang terpuji
7. Siapakah nama datuk nabi yang memeliharanya setelah kematian ibunya?
       Jawapan; Abdul Muthalib
8. Datuk Nabi meninggal dunia ketika nabi berusia berapa tahun?
       Jawapan; 8 tahun
9. Nabi telah dihantar ke perkampungan Bani Saad untuk disusukan kepada wanita desa. Siapakah nama ibu susuan nabi s.a.w?
      Jawapan; Suwaibah al-aslamiyah dan Halimatus Saadiah
10. Berapa lamakah nabi dijaga oleh ibu susuan di perkampungan bani Saad?
      Jawapan; sehingga nabi berumur 5 tahun
11. Siapakah nama bapa saudara yang menjaga Nabi setelah kematian datuknya?
       Jawapan; Abu Thalib
12. Ketika nabi masih remaja, baginda telah bekerja mengambil upah sebagai pengembala binatang ternakan. Apakah binatang tersebut?
       Jawapan; kambing
13. Nabi pernah membawa barang dagangan Siti Khadijah untuk berniaga di Syam bersama dengan pembantu Siti Khadijah. Siapakah nama pembantu Siti Khadijah tersebut?
       Jawapan; Maisarah
14. Pada usia berapakah Nabi dan Khadijah diijabkabulkan/berkahwin?
       Jawapan; nabi =25 tahun , Khadijah = 40 tahun
15. Berapakah usia nabi ketika diangkat sebagai rasul?
       Jawapan; 40 tahun
16. Apakah ayat al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w?
       Jawapan; Iqra’
17. Di awal Islam, Nabi telah berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dimanakah markaz/pusat dakwah tersebut?
      Jawapan; di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam
18. Berapa lamakah nabi berdakwah secara sembunyi-sembunyi?
      Jawapan; 3 tahun
19. Siapakah orang yang mula-mula masuk Islam sepanjang dakwah nabi secara sembunyi-sembunyi?
       Jawapan;
         Khadijah – isteri Nabi
        Ali bin Abi Thalib – sepupu nabi
        Zaid bin Harithah – hamba nabi kemudian jadi anak angkat nabi
        Abu Bakar As-Siddiq – kawan karib nabi
        Uthman bin Affan
        Zubair bin Awwam
        Sa’ad bin Abi Waqas
        Abdul Rahman bin ‘Auf
        Thalhah bin ‘Ubaidillah
        Abu ‘ubaidillah bin Jarrah
        Arqam bin Abi al-Arqam

       Fatimah bt Khattab (adik Umar al-Khattab) dan suaminya Said bin Zaid al-‘Adawi
20. Berapakah usia nabi ketika wafat?
       Jawapan; 63 tahun
21. Tentera bergajah telah dimusnahkan oleh Allah dengan dikirimkan burung apa?
        Jawapan; Burung Ababil


Wednesday, 25 September 2013

Monday, 23 September 2013


Dosa. Sesuatu yang pastinya buruk dan yang tidak disukai serta dibenci Allah apabila kita lakukannya. Dosa. Sesuatu yang dicintai syaitan dan Iblis dan mahu nafsu kita turut sama mencintainya. Dosa. Bila kita dah biasa lakukannya, maka, kita akan hilang ‘rasa’ berdosa dalam diri. Dosa. Akan menompokkan kehitaman dan kegelapan dalam hati kita. Akibatnya, kebenaran tak dapat kita lihat. Yang ada, hanyalah kebatilan.

Bagaimana kita memandang dosa? 
Adakah sebagai sesuatu yang berat ibarat gunung yang akan menghempap kita?
Atau kita menganggap ianya kecil dan kita hanya menepisnya umpama lalat yang hinggap pada hidung?
“Orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala ahli maksiat pula melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Riwayat Al-Bukhari)
Itu beza antara orang beriman dengan orang yang tidak beriman. Jadi, kita ni, kategori mana? Ya, kita semua memang pendosa sebab tak ada manusia yang tak punya dosa. Namun, orang yang beriman, dia akan cepat ‘peka’ bila dia melakukan dosa. Dia akan segera bertaubat. Dia tidak melengah-lengahkan langkah taubatnya kerana bimbang, rasa itu akan hilang. Dan dia usaha sehabis daya untuk tidak mengulang perlakuannya yang dianggap salah itu.
Tetapi, orang yang tidak beriman, dia kurang ‘peka’ terhadap dosa lantaran dirinya sudah terbiasa hidup dalam noda. Bila dosa jadi biasa, kita takkan rasa apa-apa. Kita akan terus selesa. Kadang-kadang, muncul rasa mahu bertaubat. Namun, dilengah-lengahkannya hingga hilang terus rasa itu sedang diri masih rancak bermaksiat pada-Nya. Ahli maksiat seronok dengan dunia, manakala orang beriman seronok mengejar akhirat

Friday, 20 September 2013

Thursday, 19 September 2013








DALAM KENANGAN .....CIKGU KASTIYA PUDDING....TERIMA KASIH





DALAM KENANGAN USTAZAH NORHASIMAH ..TERIMA KASIH

Wednesday, 18 September 2013

Monday, 16 September 2013

Friday, 13 September 2013


HADIS KEDUA ( HADIS 40 IMAM NAWAWI )

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم


Maksudnya:

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.


Penerangan:

1. Galakan bertanya untuk memperolehi ilmu. Bertanya adalah sebahagian daripada ilmu kerana ia adalah
    sebab untuk tahu. Malah digalakkan menghadiri majlis ilmu dengan penampilan kemas dan bersih.
2. Mengemukakan soalan tentang ilmu yang bermanfaat dan meninggalkan yang tidak berfaedah.
3. Sewajarnya seseorang yang hadir ke majlis ilmu apabila ia mendapati para hadirin perlu mengetahui
     tentang sesuatu perkara, sedangkan tiada orang lain yang bertanyakan mengenainya, maka ia hendaklah
     mengajukan soalan, sekalipun ia telah mengetahuinya. Ini supaya para hadirin dapat mengambil manfaat.
4. Orang yang bertanya hendaklah iltizam dengan adab yang baik. Orang yang menjawab wajar menjawab
    lebih daripada soalan yang diminta. Malah orang yang mengajar wajar dikhususkan tempat yang istimewa
    untuknya.
5. Penyerupaan diri Jibril adalah antara jenis wahyu, selainnya ialah mimpi yang benar, diselubungi rasa
    cemas, melihat rupa kejadian malaikat yang sebenarserta malaikat berkata-kata di sebalik hijab.
6. Islam adalah amalan zahir merangkumi pertuturan lisan dan perbuatan anggota, Iman pula adalah amalan
    batin merangkumi aqidah dan amalan hati.
7. Galakan merendah diri dan mendekatkan diri kepada pengajar.
8. Wajib beriman dengan malaikat, para rasul, kitab-kitab samawi dan hari akhirat.
9. Wajib bermuqarabah (berwaspada) terhadap Allah S.W.T. Ini kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui
    dan   Maha Memerhati.
10. Allah S.W.T mengkhususkan pengetahuan waktu berlaku hari qiamat kepadaNya dan Nabi yang
      diutuskanNya juga tidak tahu.
11. Antara tanda-tanda hari kiamat adalah:
> Penderhakaan kepada ibubapa berleluasa. Anak-anak berinteraksi dengan ibubapa seperti tuan dengan hamba.
> Golongan bawahan menjadi pemimpin dan harta mereka berkembang banyak. Lalu mereka mendirikan bangunan yang tinggi-tinggi kerana ingin menonjolkan kemegahan.
12. Antara perkara lain yang berlaku menjelang Qiamat ialah berleluasa kerosakan ahklak. Selain itu,
      kemegahan dan pembaziran menjadi-jadi serta harta benda bertambah banyak. Urusan manusia pula
      dipimpin oleh orang yang sebelumnya fakir dan miskin. Yang mana hidup mereka bergantung dengan
      ihsan orang lain.
13. Seorang yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara apabila disoal, ia hendaklah menjawab: ” Allah
      lebih mengetahui (Allahu a’alam).” Ini menunjukkan sikap wara’ dan cerminan agama.
14. Rangkuman iman, Islam dan ihsan ini disebut sebagai agama.

  HADIS PERTAMA ( HADIS 40 NAWAWI )

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة

Maksudnya:


” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Penerangan:

1. Hadith ini merupakan antara landasan utama agama islam, di mana setiap amalan yang dilakukan mestilah disertai dengan niat bagi orang yang berakal dan boleh membuat pilihan.

2. Amalan yang diniatkan kerana Allah dan hari akhirat, hasilnya tetap akan diperoleh.Tetapi jika diniatkan untuk dunia, itu sajalah yang akan diperoleh.
3. Amalan akhirat yang diniatkan untuk dunia, tiada ganjarannya untuk akhirat.
4. Wajib mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Tiada amalan yang diterima melainkan jika diniatkan kerana Allah SWT.
5. Dua syarat sesuatu amalan diterima ialah ikhlas dan bertepatan dengan sunnah. Ikhlas ialah membersihkan amalan daripada melakukannya kerana mahkluk.
6. Niat ialah neraca amalan batin. Manakala ketepatan amalan dengan sunnah adalah neraca amalan zahir.
7. Nabi SAW mengemukakan perumpamaan bagi amalan yang ditujukan kerana Allah SAW dan yang ditujukan kerana selain Allah dengan yang berhijrah , dimana:
  • Sebahagian orang berhijrah dan meninggalkan negerinya untuk mencari keredhaan Allah SWT. Orang sebegini mendapat ganjaran yang sempurna dan mendapat perkara yang diniatkan.
  • Sebahagian orang berhijrah untuk tujuan duniawi, umpamanya orang berhijrah dari daerah islam ke daerah kafir untuk mencari harta, atau untuk mancari wanita kerana ingin berkahwin dengannya. Orang sebegini berhijrah bukan kerana Allah SWT.
8. Manakala berhijrah dengan ertikata berpindah dari daerah kafir ke daerah islam tertakluk kepada dua hukum, iaitu wajib (jika seseorang tidak mampu melaksanakan agamanya) atau sunat (jika mereka mampu melakukan melaksanakan agamanya).
9. Kemestian berwaspada daripada dunia dan tipu daya wanita kerana fitnah dan godaannya sangat dashyat.
10. Kemestian beraspada daripada menumpukan amalan akhirat untuk tujuan duniawi.